◉ HEADLINES

Bajet Selangor: Bantuan kewangan penjawat awam dibayar Disember, Februari depan

Bayaran masing-masing membabitkan sebulan, setengah bulan gaji minimum RM1,000 itu, bertujuan meringankan beban penjawat awam, terutama menjelang pembukaan sesi persekolahan 2024

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kedua yang menyaksikan pemberian insentif sebulan gaji minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di Selangor, akan dibayar pada 28 Disember ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BBK Kali Ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 pula akan dibayar pada Februari tahun depan.

Katanya, BBK Kali Ketiga itu bertujuan meringankan beban penjawat awam sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac 2024

“Sebagai sebuah bentuk apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam dan mereka yang terbabit bagi menjayakan kutipan hasil kerajaan negeri, saya mengumumkan BKK 2023 kepada semua yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan Selangor, termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji dibayar kerajaan Persekutuan, (membabitkan) bantuan sebanyak dua bulan setengah.

“Bagi BKK Kali Kedua, insentif satu bulan gaji minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta akan dibayar pada 28 Disember 2023.

“Bantuan Khas Kewangan Kali Ketiga, iaitu setengah bulan gaji minimum RM1,000 yang akan dibayar pada Februari 2024 bagi meringankan beban penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024, dijangka bermula pada Mac 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Bajet 2024 bertemakan Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan.

Menurutnya, kerajaan Selangor sudah melaksanakan BBK Kali Pertama sebanyak satu bulan gaji minimum RM1,000 yang dibayar sempena Aidilfitri lalu.

Pemberian BKK, katanya, dilaksanakan berdasarkan pekeliling akan dikeluarkan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM). – 10 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related