◉ HEADLINES

Selepas 8 hari, Nadir terima khabar gembira, isteri dan anak-anak di Gaza selamat

Nadir berkata, keluarganya selamat namun terpaksa melalui perjalanan 'maut' untuk ke selatan Gaza

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas lapan hari tidak dapat berhubung dengan isteri dan anak-anaknya di Selatan Gaza, akhirnya aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menerima khabar gembira, bahawa keluarganya selamat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri menerima gambar yang dikirim oleh isterinya, Reem Al-Minawi, yang juga warga Palestin, lewat jam 1 pagi semalam.

Gambar tersebut memaparkan dua anaknya menunjukkan isyarat ‘bagus’

“Gambar ini yang saya dapat lewat jam 1 pagi semalam, khabar bahawa anak-anak dan isteri saya masih hidup setelah 8 hari cuba berhubung dengan mereka dan gagal mendapat berita.

“Keluarga saya berada di selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan ‘maut’ yang mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap,’’ katanya menerusi tulisan yang dikongsi di Facebooknya hari ini.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia turut memaklumkan keadaan di Gaza semakin genting dan keadaan jauh lebih teruk berbanding sebelum ini.

“Tetapi untuk hari ini, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,” ujarnya.

Sejak Zionis memulakan kempen serangan pada 7 Oktober lalu, seramai 11,078 penduduk Palestin, termasuk 4,506 kanak-kanak serta 3,027 wanita terkorban. – 11 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related