◉ HEADLINES

Kempen ‘11 minit Untukmu Palestin’: orang ramai sahut seruan padam lampu malam tadi

Program pengisian seperti bacaan Qunut Nazilah dan bertafakur turut dilakukan sepanjang 11 minit itu

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tepat jam 9 malam tadi, kempen ‘11 minit Untukmu Palestin’ telah dilancarkan di seluruh negara sebagai tanda solidariti terhadap penduduk Gaza yang telah dibedil tentera Zionis sejak 7 Oktober lalu.

Kempen berkenaan digerakkan oleh Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin di mana orang ramai bergelap selama 11 minit bermula jam 9 malam hingga 9.11 malam.

Ia sebagai tanda bersama-sama merasai penderitaan rakyat Palestin yang telah disekat hak mereka.

Di dalam kegelapan itu juga, bacaan Qunut Nazilah dilaksanakan beserta dengan Istighfar dan bertafakur bagi mengenang keadaan penduduk Palestin yang bukan sahaja berdepan dengan pembunuhan kejam malah terpaksa hidup dalam kesengsaraan.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai penduduk menyahut seruan dengan memadamkan lampu di rumah masing-masing selama 11 minit.

Di dalam kegelapan itu, bacaan Qunut Nazilah dilaksanakan beserta dengan Istighfar dan bertafakur bagi mengenang keadaan penduduk Palestin yang bukan sahaja berdepan dengan pembunuhan kejam malah terpaksa hidup dalam kesengsaraan. – Azim Rahman/Gambar Scoop, 12 November, 2023

Ia termasuk di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Tawau, di mana penuntutnya turut memadamkan lampu di kampus mereka.

Kempen yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG berkenaan turut mengajak pensyarah dan staf di situ untuk turut serta. 

Tidak ketinggalan ialah Malaysia Airports yang turut mengambil bahagian dalam kempen tersebut sebagai menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin. Beberapa terminal lapangan terbang telah dipilih untuk memadamkan lampu selama 11 minit.

“Bersama-sama rakyat Malaysia, lampu di lapangan terpilih telah dipadamkan antara 9pm ke 9.11pm. Operasi tidak terjejas sepanjang tempoh itu,” katanya.

Antaranya ialah Lapangan Terbang Lahad Datu, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan Lapangan Terbang Limbang.

Ketika ini lebih seramai 11,000 penduduk Palestin terkorban akibat kekejaman Israel dengan sebahagian besar adalah kanak-kanak dan wanita.

Dalam perkembangan terbaharu, Israel dilaporkan telah mengepung Hospital al-Shifa di Gaza dengan sesiapa yang bergerak dalam kawasan hospital berkenaan akan diserang oleh tentera Israel.

Sementara di dalam hospital pula, Al-Jazeera melaporkan bekalan elektrik telah terputus malah dua bayi pramatang turut meninggal dunia.

Manakala 37 bayi lain yang berada di unit rawatan rapi, juga berdepan dengan risiko kematian selepas hospital kehabisan bahan bakar untuk menghidupkan incubator bayi terbabit, kata pengarah hospital, Mohammed Abu Salmiya. – 12 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related