◉ HEADLINES

Bekas panglima ATM, Raja Mohamed Affandi dipilih calon BN di Kemaman

Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima ATM Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang dijadualkan pada 2 Disember ini

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkannya berkata, kali ini parti berkenaan mengetengahkan calon di luar kepimpinan Umno.

Beliau berkata, meskipun BN tidak cukup undi untuk menduduki kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, namun Kemaman bukan kubu kuat PAS.

“Namun disebabkan terjahan isu, fitnah dan simbahan kebencian terhadap Umno khususnya dan BN, serta penggunaan sumber kewangan yang sangat luar biasa ketika itu, maka kita kekurangan undi di Kemaman.

“Kali ini kami merasakan dengan persetujuan badan perhubungan negeri, ketua-ketua bahagian, Wanita dan Pemuda seluruh Terengganu, maka sudah sampai masanya kita mengetengahkan calon yang di luar kepimpinan parti untuk mewakili BN bertanding di Kemaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno, di PWTC hari ini.

PRK Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada PRU-15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini, dan hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November ini.

Zahid berkata, Raja Mohamed Affandi telah banyak berjasa kepada negara di luar bidang politik dan bersedia untuk membalas jasa kepada Umno.

Meskipun tahu risiko yang dihadapinya namun kata Zahid, semangat Raja Mohamed Affandi yang menawarkan diri untuk bertanding di PRK Kemaman wajar dipuji.

“Tokoh itu yang banyak jasa pada negara di luar bidang politik dan beliau telah menyatakan kesediaan (bertanding) kerana keberadaannya di dalam kerajaan adalah atas jasa Umno dan BN. Beliau berhasrat untuk membalasnya,” katanya Zahid. – 13 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related