◉ HEADLINES

Israel bom satu-satunya kilang gandum masih beroperasi di Gaza

Kemusnahan premis itu bermakna tepung yang dihasilkan secara tempatan, sudah tidak boleh didapati di Gaza

10:40 PM MYT

 

NEW YORK – Laporan dikeluarkan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OCHA) baru-baru ini menyatakan, Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.

Premis itu adalah kilang gandum terakhir masih beroperasi di Gaza sejak serangan terbabit tercetus pada 7 Oktober lalu.

Kemusnahan kilang itu bermakna tepung yang dihasilkan secara tempatan, tidak boleh didapati di Gaza kelak.

Menurut laporan sama, tentera Israel menahan beberapa pelarian dalaman (IDP) yang melarikan diri melalui ‘koridor’ ditetapkan tentera penceroboh untuk mereka.

Laporan saksi dan sumber yang tidak dapat disahkan pula memaklumkan, beberapa penduduk yang kehilangan tempat tinggal dipukul dan dibogelkan.

Petra pada Selasa melaporkan, tentera Israel membina pusat pemeriksaan tanpa kakitangan dan mengarahkan penduduk Palestin, menunjukkan pengenalan diri mereka,

Mereka juga diarah menjalani proses yang dipercayai imbasan pengecaman wajah.

Lebih 1.5 juta penduduk di Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, termasuk kira-kira 813,000 IDP yang tinggal di sekurang-kurangnya 154 pusat perlindungan agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA). – 16 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related