◉ HEADLINES

Mufti Wilayah Persekutuan nasihat penganjur batalkan konsert Coldplay

"Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak menyokongnya kerana ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini."

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Luqman Abdullah menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan konsert kumpulan rock popular Britain, Coldplay yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu depan.

Menurutnya, konsert berkenaan sesuatu yang melalaikan serta tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

“Kami menasihatkan penganjur agar tidak meneruskan program ini. Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak menyokongnya kerana ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat di negara ini.

“Lebih-lebih lagi, kumpulan muzik ini dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, umat Islam perlu memahami keterbatasan dalam berhibur mengikut ajaran agama sebenar agar ia tidak bertentangan dengan hukum syarak, lebih-lebih lagi apabila melibatkan unsur muzik yang melalaikan.

“Bagi masyarakat Islam, perlu difahami hiburan dalam Islam ada batasannya yang perlu dipatuhi dan mana-mana jenis hiburan yang terkeluar daripada batasan ini adalah bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak tertentu mengeluarkan bantahan agar konsert itu tidak diteruskan kerana tidak sensitif dengan konflik di Palestin.

Ini termasuk Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim pada Rabu lalu meminta pihak berkuasa membatalkan konsert tersebut bagi menghormati perasaan sedih dan simpati terhadap umat Islam di Palestin.

Zamri yang juga Pengerusi Majlis Ulama ISMA (Muis) turut menggesa semua pihak supaya tidak melepaskan diri daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara Islam di Palestin melalui semua aspek terutamanya doa, sumbangan serta sebaran keprihatinan kepada seluruh masyarakat.

Terdahulu, kesemua 85,000 tiket konsert Coldplay habis terjual sebaik sahaja penjualan tiket dibuka pada Mei lalu.

Kumpulan yang popular dengan lagu Fix You dan Yellow itu dianggotai Chris Martin, Jonny Buckland, Will Champion dan Guy Berryman. – 18 November,2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related