◉ HEADLINES

Akaun Fleksibel akan mula dilaksanakan pada April 2024: Ahmad Maslan

Organisasi berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai akaun fleksibel ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dividen bagi akaun KWSP akan diumumkan pada bulan Februari 2024 dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai akaun fleksibel yang juga akaun ketiga.

Jelasnya, pihak yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai akaun fleksibel ini.

“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai akaun fleksibel ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP,” katanya.

Ahmad berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses pencarum pada bila-bila masa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, masih terdapat desakan daripada pelbagai pihak agar membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP pada waktu kecemasan.

“Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian. Jadi kita tahu bahawa RM145 bilion ringgit telah dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika Covid-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran.

“Maka kami akan membuat formula baru iaitu akaun ketiga. Jadi perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula bulan April tahun depan,” katanya. – 20 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related