◉ HEADLINES

Polis Melaka terima 14 laporan wanita Kemboja dakwa ‘Melayu malas’

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Melaka menerima 14 laporan berhubung penularan video memaparkan seorang wanita asal Kemboja yang juga pemilik perniagaan di Johor Bahru, mendakwa ‘Melayu malas’.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan tersebut dibuat pelbagai pihak dan Jabatan Siasatan Jenayah negeri itu sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan sesuatu kaum.

“Pihak polis menerima 14 laporan dibuat pelbagai pihak yang terkesan dengan video dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang perempuan Kemboja mengeluarkan kata-kata menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Pada masa sama, Zainol turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan berharap semua pihak menjadi lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial supaya tidak menyentuh sebarang isu sensitif melibatkan kaum, agama dan raja (3R).

Terdahulu, tindakan seorang wanita yang mengaku dirinya asal Kemboja mendakwa orang Melayu sebagai pemalas menerima kecaman dalam kalangan netizen terutamanya pengguna TikTok.

Video itu dipercayai dirakam seorang lelaki yang menunjukkan wanita terbabit sedang mengadakan penstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian muslimah.

Namun pada akhir rakaman video berkenaan, wanita itu berkata dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan. – 21 November,2023

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related