◉ HEADLINES

SPRM beku 41 akaun bank Amal Palestin

Agensi itu turut menjumpai dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu

11:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan entiti lain berjumlah RM15,868,762 susulan siasatannya terhadap dakwaan penyalahgunaan wang sumbangan orang ramai oleh badan bukan kerajaan (NGO) itu.

SPRM menerusi satu kenyataan memaklumkan, agensi itu turut menggeledah premis NGO terbabit dan menjumpai dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu bagi membantu siasatan yang dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.

Dalam pada itu, SPRM berkata, pihak sudah mengambil keterangan beberapa saksi penting dalam kes itu.

Katanya, hasil siasatan awal mengenalpasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Terdahulu, Scoop melaporkan, SPRM sudah memulakan siasatan terhadap Aman Palestin berhubung dakwaan wujud penyelewengan membabitkan NGO itu yang aktif mengumpul dana bantuan khususnya untuk rakyat Palestin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya boleh menjalankan siasatan berhubung maklumat disiarkan media walaupun tiada laporan dibuat kepada agensi berkenaan.

Dalam pada itu, sumber SPRM ketika dihubungi memaklumkan, berdasarkan maklumat diperolehi menerusi pelbagai pihak di media massa dan media sosial, hanya Aman Palestin didakwa mempunyai ‘unsur menyeleweng’.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara tersebut.

Oleh itu, pihak berkuasa agama negeri itu menangguhkan pengumpulan dana oleh Aman Palestin di Perlis bermula 12 Okt lalu sehingga siasatan selesai. – 23 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related