◉ HEADLINES

Ganggu pekerja food truck halal, bekas penasihat Obama didakwa lakukan jenayah kebencian

Stuart Seldowitz dipercayai mengganggu Mohamed sejak beberapa minggu lalu

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas diplomat Amerika Syarikat (AS), Stuart Seldowitz ditahan polis dan berdepan pelbagai pertuduhan selepas videonya mengganggu seorang pekerja food truck halal di New York tular di media sosial.

Polis New York (NYPD) mendakwa Seldowitz atas kesalahan melakukan gangguan serius tahap kedua, jenayah kebencian/mengintai, mengintai untuk menyebabkan ketakutan dan mengintai di tempat kerja.

Dalam video itu, Seldowitz, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pejabat Jabatan Negara AS bagi Israel dan Hal Ehwal Palestin semasa dibawah kepimpinan Barack Obama, dilihat mengeluarkan kata-kata berbaur ancaman kepada lelaki terbabit.

“Jika kami membunuh 4,000 kanak-kanak Palestin, itu tidak mencukupi,” kata Seldowitz dalam video itu.

Mangsa, Mohamed Hussein, 24, berkata, pertemuan dengan Seldowitz amat mengejutkannya.

Menurut laporan New York Post, majikan kepada Mohamed, Islam Moustafa berkata, mereka mahu menyaman Seldowitz di atas perbuatannya itu.

“Kami mahu menyamannya atas gangguan dan kata-kata berbaur kebencian. Saya menganggap ia  ucapan kebencian, bukannya kebebasan bersuara,” katanya.

Tambahnya, Seldowitz mula mengganggu Mohamed sejak beberapa minggu lalu.

“Pada mulanya dia kata Mohamed ‘lelaki gelandangan yang melalui waktu sukar.  Kemudian saya belajar ia bukan hanya satu contoh, tetapi tiga contoh berbeza daripada seorang bekas pegawai kerajaan yang bekerja sebagai penasihat kepada syarikat besar,” kata Islam.

Susulan video yang tular itu, Seldowitz menafikan dirinya mencetuskan Islamofobia dan meminta maaf di atas apa yang berlaku.

“Saya memang bertengkar dengan penjual makanan. Ada kemungkinan besar itu saya. Maksud saya, saya tidak melihat video itu, tetapi saya percaya ia mungkin saya.

“Saya kesal dengan semua yang berlaku dan minta maaf. Tetapi anda tahu, saya mengatakan perkara yang mungkin tidak sepatutnya saya katakan ketika ini,” katanya. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related