◉ HEADLINES

Tiada perubahan jawatan tertinggi Bersatu, ‘kami beri sokongan kuat kepada Presiden’

Pemilihan Bersatu hanya akan diadakan tahun depan selepas ianya ditangguhkan 18 bulan

1:58 PM MYT

 

SHAH ALAM – Tiada perubahan dalam struktur kepimpinan Bersatu dalam masa terdekat termasuk bagi jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sokongan kuat kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus diberikan, malah pemilihan parti juga hanya akan diadakan tahun depan.

“(Sebarang pertukaran tampuk kepimpinan) Saya harap tidak, saya rasa kami semua memberi sokongan kuat kepada Presiden.

“Pemilihan (parti) hanya dibuat tahun depan selepas kita buat keputusan tangguh selama 18 bulan,” katanya kepada media selepas Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi dan Armada Bersatu Nasional kali kelima di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal media melaporkan, seorang Ahli Parlimen dari Bersatu berharap penjelasan dapat diberikan kepada ahli parti mengenai ura-ura Muhyiddin akan menyerahkan kepimpinannya kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam perhimpunan parti itu.

Ditanya sama ada Hamzah dilihat bakal pengganti Presiden, beliau berkata, Bersatu tidak ketandusan pemimpin pelapis yang mempunyai kredibiliti untuk mengambil alih kepimpinan parti.

“Hamzah bukan saja pemimpin masa depan tapi juga masa sekarang, peranan cukup penting dalam Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Tapi yang penting semua pemimpin ini bekerjasama dan memberi ketaatsetiaan yang cukup kuat dan padu kepada Presiden, itu penting.

“Ramai lagi pemimpin yang kita ada Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Seri Radzi Jidin dan pemimpin seperti Ketua Armada dan Srikandi. Ini semua satu hari nanti mampu mengambil alih kepimpinan dalam Bersatu,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin turut menegaskan struktur kepimpinan parti sedia ada akan terus kekal sehingga pemilihan diadakan.

“Struktur parti yang ada itulah dia, sampai masa pemilihan, ada pemilihan. Kita tengok lah macam mana nanti.

“Sampai masa tentulah ada kesinambungan dalam kepimpinan parti bila-bila masa saja.

“Sebab itu dalam konteks Bersatu ini kita melihat kita banyak memberi ruang kepada anak-anak muda sebagai pelapis,” katanya. – 23 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related