◉ HEADLINES

Perhimpunan Agung Bersatu: Perwakilan, pembahas sebulat suara tolak keputusan Muhyiddin letak jawatan

Mereka turut menolak dua lagi perkara dibangkitkan Muhyiddin, iaitu supaya parti mencari pengganti presiden dan pendiriannya untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai yang terakhir dipengerusikannya

12:45 PM MYT

 

SHAH ALAM – Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 hari ini, sebulat suara menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Penolakan itu dibuat menerusi 20 pembahas yang mengambil bahagian dalam perhimpunan agung tahun ini.

Keputusan itu dibaca Pengerusi Tetap, Datuk Suhaimi Abdullah.

Mereka turut menolak dua lagi perkara dibangkitkan Muhyiddin menerusi ucapan dasarnya semalam, iaitu supaya parti bermesyuarat mencari pengganti presiden dan pendiriannya untuk menjadikan ini perhimpunan agung terakhirnya

Suhaimi berkata, penolakan itu merujuk kepada Perkara 123, 124 dan 125 Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu semalam.

Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menerusi mesyuarat tergempar secara konsensus semalam, turut menolak keputusan Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan parti itu.

Terdahulu, Muhyiddin ketika Ucapan Dasar Presiden Bersatu pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan, keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu dibuat untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis berpengalaman mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.

Serentak itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan memperlahankan kerjaya politiknya, selain kekal menganggotai Bersatu. – 25 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related