◉ HEADLINES

Netizen bengang, kecam servis ‘jual’ isteri hamil, ‘ini suami dari neraka’

Mereka turut membuat pautan kepada PDRM dan kementerian yang berkaitan supaya mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu sahih

6:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemunculan akaun media sosial menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka mungkin bukan perkara mengejutkan apabila ia pernah dilaporkan media.

Namun, kewujudan sebuah ‘perniagaan’ di platform X (dulu dikenali sebagai Twitter) didakwa menawarkan servis seks bersama wanita hamil yang tular di media sosial sejak semalam, mencetuskan kemarahan netizen.

Perkara itu terdahulu didedahkan sebuah akaun popular yang sering memuatnaik gambar, foto dan video tular, dengan turut berkongsi iklan perkhidmatan berkenaan.

Lebih melampau, iklan di akaun itu yang dimuatnaik awal bulan ini, menunjukkan perkhidmatan terbabit ditawarkan suami sendiri, bersama penerangan dan syarat tertentu kepada mana-mana individu berminat sebelum meniduri isterinya yang sedang hamil dua bulan, termasuk perlu membayar deposit.

Harga dikenakan juga adalah antara RM350 hingga RM550 bergantung kepada syarat ditetapkan.

Semakin menjijikkan netizen apabila suami terbabit mengenakan syarat supaya adegan itu mesti dilakukan di hadapannya.

Pendedahan yang dibuat admin akaun berkenaan yang turut meletakkan pautan iklan, menerima lebih 652,000 bacaan setakat ini dengan ratusan komen mengecam teruk perkhidmatan tersebut.

Rata-rata netizen, sama ada lelaki atau perempuan menyifatkan perkhidmatan itu sebagai sangat tidak bermoral, biadap dan tidak menghormati golongan isteri, termasuk tidak mengasihani anak sedang dikandung.

“Kesianlah anak dalam perut tu, dengan pregnant (hamil) sangguplah buat benda terkutuk macam ni. Suami pula yang jual bini, bini pun rela hati nak. Allahu,” tulis @eyfa.

“Hidup macam tiada pegangan agama. Cepat-cepatlah bertaubat sebelum terlambat,” kata seorang pengguna.

“Yang menyeramkan ada 10,000 follower (pengikut),” komen @nazri.

“Ya Allah jijiknya perangai…binatang!” kata @cha.

“Ini nak normalisasikan apa ni, aku pun tak faham. Semoga baby tu dah besar nanti tak tahu apa kerja yang mak ayah dia buat masa dia dalam perut mak dia,” ujar @kamar.

“Ini suami dari neraka, selamatkan wife dengan anak dari suami begini. Ya Allah serius nak marah ni,” respon @sha.

“Weh macam mana suami dengan isteri tergamak ni nak buat macam ni, speechless teruk aku,” kata @lola.

“Bodoh ke jual bini sendiri. Sanggup pula tu tengok isteri diperlakukan macam tu,” luah pengguna lain.

Sesetengah netizen turut mempersoalkan bukankah kegiatan itu boleh dikira sebagai memperdagangkan manusia kerana membabitkan perniagaan menjual individu.

“Ni kira memperdagangkan manusia juga kan,” soal seorang pengguna.

“Apa bendalah ni, boleh dikira jual manusia ni demi wang,” tulis pengguna.

Sementara itu, beberapa netizen membuat pautan ke akaun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kementerian berkaitan supaya mengambil tindakan tegas berhubung perkara berkenaan, sekiranya dakwaan terbabit sahih.

“Harap kementerian wanita, pejuang hak asasi, pejuang wanita bangun melawan kejijikan ini semua,” kata pengguna.

“@PDRMsia moga dapat perhatian polis,” ujar @ayu. – 26 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related