◉ HEADLINES

Pembangunan IDN: Data rakyat Malaysia selamat: Fahmi

Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

12:01 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi Digital (KKD) hari ini memberi jaminan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Ramai yang mengatakan kononnya bagi sesetengah negara mereka tidak mahu lakukan, tetapi banyak negara telah lakukan kerana banyak kebaikan. Ia juga akan mengurangkan kos bagi pembangunan aplikasi.

“Seperti saya sebutkan tadi data rakyat Malaysia akan selamat daripada dicuri pihak-pihak berniat jahat. Maka isu keselamatan data peribadi itu dapat dikawal dengan sangat rapi dan rapat,” katanya menepis dakwaan segelintir pihak di media sosial bahawa IDN menjejaskan keselamatan data peribadi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Transformasi Digital dan Inovasi Malaysia-Jepun2023 di Management and Science University, di sini hari ini.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan menakut-nakutkan rakyat, Fahmi berkata usaha dan dasar itu bukan perkara baharu sebaliknya telah diumumkan pada 2021.

“Ia adalah dasar untuk kita menyeragamkan terutama proses daftar masuk merentasi kementerian, kerana kita lihat setiap kementerian akan ada aplikasi dan pendaftarannya sendiri.

“Disebabkan itu maklumat atau pangkalan data itu dipegang oleh banyak pihak, jadi kita nak selesaikan isu pendaftaran tunggal selain isu keselamatan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan telah meluluskan peruntukan awal RM80 juta bagi pembangunan IDN sebagai usaha menyegerakan platform pengesahan diri berkenaan yang dipercayai mampu mempertingkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan awam. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related