◉ HEADLINES

Hamas-Israel setuju lanjut gencatan senjata selama dua hari

Bagaimanapun, tiada pengesahan daripada Israel, namun Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), António Guterres, memuji pelanjutan itu

9:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata antara Israel dan Hamas selama dua hari dipersetujui selepas pecutan akhir oleh pengantara dengan hanya lebih 12 jam berbaki sebelum pertempuran di Gaza dijangka disambung semula.

Hamas berkata, pihaknya bersetuju dengan pelanjutan gencatan senjata selama dua hari (48 jam) selepas campur tangan Qatar dan Mesir, pengantara utama untuk perjanjian awal, dan dengan syarat yang sama.

Tidak ada pengesahan segera daripada Israel, tetapi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB), António Guterres, memuji pelanjutan itu sebagai “sedikit harapan dan nilai kemanusiaan di tengah-tengah kegelapan perang”.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, memberitahu tenteranya semalam bahawa apabila pertempuran dimulakan semula “kekuatannya akan menjadi lebih besar, dan ia akan berlaku di seluruh kawasan”.

“Anda kini mempunyai beberapa hari, kami akan kembali berjuang, kami akan menggunakan jumlah kuasa yang sama dan banyak lagi,” katanya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk menghancurkan Hamas.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS), PBB dan diplomat paling kanan EU menyeru Israel untuk tidak memulakan semula serangan di Gaza apabila gencatan senjata selama empat hari akan berakhir pada pagi ini.

Syarat yang berkemungkinan bagi sebarang pelanjutan adalah pembebasan harian 10 tebusan Israel dan 30 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel, kata pegawai yang rapat dengan rundingan itu semalam.

Selain itu, bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan akan terus dihantar ke Gaza. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related