◉ HEADLINES

Lafaz Rukun Negara setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat: Johari

Johari berkata beliau kemudian membawa cadangan itu kepada Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama setiap penggal Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata keputusan itu susulan permohonan daripada Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang yang mencadangkan supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti lima prinsip Rukun Negara di Dewan Rakyat.

Johari berkata beliau kemudian membawa cadangan itu kepada Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan.

“Kedua-dua jawatankuasa ini bersetuju untuk melaksanakan lafaz Rukun Negara ini di Dewan Rakyat,” katanya dalam pemasyhuran  sebaik sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

Mengenai pelaksanaan pemeriksaan kesihatan, Johari berkata lapan Ahli Parlimen masih belum menjalani pemeriksaan.

Katanya setakat ini, 213 Ahli Parlimen dan enam senator ahli pentadbiran telah melakukan pemeriksaan kesihatan berkenaan. – 29 November, 2023

TAG: Parlimen, Rukun Negara, Johari Abdul, kesihatan

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related