◉ HEADLINES

Gudang logistik runtuh: Anjing pengesan bantu operasi

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Khairy Sulaiman berkata anjing pengesan hanya akan memasuki kawasan runtuhan selepas ia disahkan selamat

1:18 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Khidmat dua ekor anjing pengesan digunakan dalam usaha mengesan empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan tapak pembinaan gudang logistik yang runtuh di Batu Maung, Bayan Lepas malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Khairy Sulaiman berkata anjing pengesan hanya akan memasuki kawasan runtuhan selepas ia disahkan selamat.

“Berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada kontraktor dan pemaju, mangsa-mangsa yang tertimbus dipercayai berada pada jarak berdekatan hanya beberapa meter antara satu sama lain.

“Keadaan ini kerana ketika kejadian, mereka sedang menjalankan kerja-kerja meletakkan rasuk sebelum berlaku runtuhan dan kawasan terlibat juga hanya sebesar gelanggang bola keranjang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Khairy berkata operasi yang dilaksanakan tanpa henti sejak malam tadi, akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemukan dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.

Dalam kejadian 9.58 malam tadi, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh.

Dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan, manakala empat lagi dipercayai masih tertimbus.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba dan penyelamat dibantu agensi lain termasuk polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tapak binaan gudang logistik itu terletak di bahagian selatan Pulau Pinang dan bangunan itu merupakan kompleks perniagaan logistik tiga tingkat yang mempunyai pejabat, ruang parkir dan gudang. – 29 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related