◉ HEADLINES

Ter dilantik sebagai Pengerusi HRD Corp baharu

Sebagai Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, beliau menyelia peningkatan syarikat itu menjadi pemain utama dalam pelbagai industri

9:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Sunsuria Berhad, Tan Sri Ter Leong Yap dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRD Corp.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini.

“Menteri Sumber Manusia turut mengalu-alukan Ter sebagai Pengerusi lembaga pengarah HRD Corp dan pelantikan ini juga semestinya akan memberi nilai tambah kepada HRD Corp dan membawa organisasi ini ke tahap yang lebih tinggi dalam menerajui agenda pembangunan modal insan negara,” menurut kenyataan itu.

Ter yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya dan merupakan usahawan serta ahli perniagaan yang disegani dalam kalangan penggiat industri dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam pelbagai industri.

Selain aktif dalam bidang perniagaan, beliau juga lantang memperjuangkan isu perpaduan nasional dan kebajikan sosial masyarakat dan atas sumbangannya itu, beliau telah dinobatkan sebagai Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti (JPNIN) bagi 2016.

Di bawah kepimpinan beliau, Sunsuria Berhad telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil kepada syarikat besar dalam industri pembangunan hartanah, kesihatan, pendidikan, pembinaan dan banyak lagi serta berjaya membantu menyenaraikan Sunsuria di pasaran saham Bursa Malaysia. – 29 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related