◉ HEADLINES

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap RUU kawalan produk merokok

Rata-rata mereka menyokong rang undang-undang itu, namun mahukan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau serta rokok

10:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang antaranya menggugurkan peruntukan berkaitan generasi penamat (GEG).

Rata-rata mereka menyokong rang undang-undang itu, namun mahukan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau serta rokok selain larangan merokok bagi individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya dikembalikan kerana jumlah perokok dalam usia muda ketika ini menunjukkan trend meningkat.

P. Prabakaran (PH-Batu) berkata, beliau tidak akan berputus asa untuk memberikan tekanan kepada kerajaan supaya peruntukan GEG diteruskan pada masa akan datang.

Bagaimanapun beliau berkata, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 perlu diluluskan sebagai langkah pertama ke arah mencapai GEG.

Fasal 13(1) dan 13(3) Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 menyatakan larangan bagi menjual dan membeli produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini berkata, ia penting untuk dikuat kuasa bukan sahaja bagi mengatasi kelompongan dalam perundangan sedia ada dan melindungi golongan bukan perokok terhadap kesan sampingan asap rokok malah kepada golongan kanak-kanak, atau didefinisikan sebagai OBD.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) pula berkata, untuk mencapai kelaziman merokok daripada 21 peratus kepada lima peratus pada 2045 agak sukar tanpa GEG.

Datuk Dr Radzi Jidin meminta Menteri Kesihatan menjelaskan keputusan yang dibuat atas alasan GEG adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan – Gambar Facebook Dr Radzi Jidin , 29 November, 2023

Sementara itu, Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) meminta Menteri Kesihatan menjelaskan keputusan tersebut, yang dibuat atas alasan GEG adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kepada Dewan Rakyat.

Bagi Young Syefura Othman (PH-Bentong), meskipun GEG digugurkan, rang undang-undang itu perlu diluluskan kerana ia membawa perubahan besar untuk menambah baik kawalan dan penguatkuasaan dalam industri produk merokok.

“Pada masa sama, kita tidak boleh memberikan bebanan semata-mata kepada Kementerian Kesihatan, kita sebagai ibu bapa, keluarga dan masyarakat juga memainkan peranan penting untuk tegur serta pantau mereka yang di bawah umur yang hisap rokok dan vape,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – 29 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related