◉ HEADLINES

Johor akan mohon DPP lihat semula keputusan kes Sungai Kim Kim

Tindakan itu bagi memastikan sama ada hukuman denda pesalah pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, yang berlaku pada 2019 memadai atau tidak

4:33 PM MYT

 

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri akan memohon kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk melihat semula hukuman pesalah pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, yang berlaku pada 2019, sama ada setimpal atau tidak.

Pengerusi Bersama Task Force Sungai Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata ia bagi memastikan sama ada hukuman denda terhadap pesalah memadai, jika dilihat dari segi apa yang kerajaan telah belanjakan menangani kesan pencemaran di sungai itu dan kesan kepada masyarakat sekitar.

“Dalam kita menjaga alam sekitar khasnya sungai untuk generasi akan datang, sepatutnya penguatkuasaan yang keras dilaksanakan kerajaan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Johor Bahru Khamis lepas menjatuhkan hukuman denda maksimum terhadap seorang pemandu lori yang terlibat dalam kes pencemaran Sungai Kim Kim pada 7 Mac 2019 sehingga menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup buat sementara waktu. 

Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah menjatuhkan denda maksimum RM100,000 ke atas pemandu lori N. Maridass, yang menyebabkan pencemaran itu.

Selain itu, syarikat P Tech Resources Sdn Bhd yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, turut didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000. – 3 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related