◉ HEADLINES

Chua Jui Meng banyak berbakti kepada negara: PM

“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang turut sama berjuang untuk negara tercinta."

8:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang semalam.

Anwar berkata, mendiang merupakan figura yang telah banyak menabur bakti kepada negara, khususnya selaku Menteri Kesihatan paling lama, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.

Selain itu katanya, Chua turut memainkan peranan penting sepanjang bersama Keadilan, tatkala mengemudi pimpinan parti itu di Johor.

“Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 4.04 petang semalam.

Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti. – 4 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related