◉ HEADLINES

Saifuddin pertahan petugas Imigresen persoal wanita tak fasih bahasa Melayu ketika mahu perbaharui pasport

Menurutnya, kewajipan seseorang warga Malaysia untuk menguasai bahasa Melayu tidak boleh dikompromi

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tampil mempertahankan petugas Imigresen yang mempersoalkan tindakan seorang wanita tidak fasih berbahasa Melayu ketika mahu memperbaharui pasportnya di UTC Johor, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan petugas terbabit mungkin kerana wujudnya unsur syak wasangka berhubung status kewarganegaraan individu berkenaan apabila tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

Beliau berkata, semasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kajian berkaitan warganegara, pihaknya mendapati syarat menguasai bahasa (rasmi setiap negara) menjadi syarat kewarganegaraan bagi beberapa negara termaju dunia seperti Singapura dan United Kingdom (UM).

“Kalau tak boleh faham bahasa tempatan ini, maknanya seseorang itu tak layak mohon warganegara. Ini pentingnya, lebih-lebih lagi kitalah.

“Dalam Perlembagaan negara, bahasa Melayu itu bahasa rasmi, bahasa lain bebas dipelajari dan digunakan, jadi asasnya di situ.

“Jadi saya tengok, kewajipan seseorang warga untuk menguasai bahasa Melayu, kewajipan itu tak boleh dikompromi,” katanya pada sidang media sempena sambutan setahun dan perhimpunan bulanan KDN, di Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut meminta individu terbabit supaya memahami kewajipannya sebagai warganegara Malaysia iaitu harus menguasai bahasa Melayu dengan baik, selain tidak perlu menularkan insiden tersebut.

“Tak perlu jadikan isu sampai digambarkan sebuah jabatan kerajaan mempersulitkan urusan untuk memperbaharui dokumen perjalanan hanya kerana syarat bahasa.

“Jangan tengok kat situ, (tapi) tengok balik dari segi kewajipan untuk menguasai bahasa (Melayu). Sebab kalau tidak timbulkan syak wasangka apakah betul dia warga sini kerana tak boleh langsung (bertutur) bahasa misalnya,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita berkongsi pengalaman memperbaharui pasport bersama anaknya di UTC Johor.

Wanita itu mendakwa diherdik petugas Imigresen kerana tidak fasih berbahasa Melayu ketika mahu memperbaharui pasport anak perempuannya. – 4 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related