◉ HEADLINES

Insiden gangguan bekalan elektrik di Kompleks CIQ BSI di Tambak Johor memalukan: Onn Hafiz

Gangguan sementara melibatkan kawasan PPU Gerbang Perdana, Kompleks CIQ BSI dan JB Sentral sepatutnya berakhir jam 4 pagi tadi namun berlarutan hingga jam 10 pagi

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan elektrik sejak semalam menyebabkan kelewatan dan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor, Johor Bahru, pagi tadi.

Menurut surat notis dikeluarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertarikh 27 November lalu, gangguan sementara melibatkan kawasan PPU Gerbang Perdana, Kompleks CIQ BSI dan JB Sentral yang dijadualkan bermula jam 8 malam semalam sehingga 4 pagi tadi.

Bagaimanpun, gangguan di kompleks tersebut dipercayai berlarutan hingga jam 10 pagi tadi sebelum keadaan kembali pulih.

Insiden itu menimbulkan keluhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terpaksa berbaris panjang dan lama kerana proses cop pasport terpaksa dilakukan secara manual.

Rungutan pengguna terjejas mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan insiden gangguan bekalan elektrik itu sebagai memalukan kerajaan negeri.

Katanya, beliau telah mengarahkan pihak TNB dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Apa yang berlaku ini amat menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

“Pihak TNB dan JKR telah diarahkan untuk menyelesaikan isu ini pada kadar segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambak Johor adalah antara laluan darat tersibuk di dunia, dengan lebih 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, berulang-alik setiap hari dari Johor Bahru ke republik itu. – 6 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related