◉ HEADLINES

Onn Hafiz, Rozi dilantik Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri

Pelantikan itu berkuat kuasa serta-merta

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, berkuat kuasa serta-merta.

Manakala, Setiausaha Umno Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkenaan dan ia sah serta-merta.

Pelantikan itu diumumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataan hari ini.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang berkuat-kuasa serta-merta.

“Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Rozi Mamat yang dilantik Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Ahmad Said atas segala pengorbanan, usaha serta komitmen tinggi dalam memimpin Umno Johor dan Terengganu selama ini.

“Moga dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan Umno sebagai wadah perjuangan bangsa, agama serta tanah air,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, tercetus khabar angin mendakwa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu akan diserahkan kepada Rozi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong.

Razi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said. – 7 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related