◉ HEADLINES

Covid-19 terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan: Dr Zaliha

Kebanyakan kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital

8:32 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Keadaan semasa Covid-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata, terdapat peningkatan kes Covid-19 dilaporkan secara global dan peningkatan di Malaysia seiring dengan trend yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti juga dilaporkan di negara lain.

“Kebanyakan kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai situasi Covid-19negara.

Dr Zaliha berkata, sehingga kini tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia.

“Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi, tetapi tidak menyebabkan kes yang teruk.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah penjagaan kendiri antaranya mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka bagi yang bergejala.

“Jumpa dengan doktor sekiranya gejala bertambah teruk dan mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan terdekat bagi individu positif Covid-19 dan berisiko tinggi. Orang ramai juga boleh mendapatkan dos primer vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan.

“Mereka juga diminta untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan keresahan awam,” katanya.

Pada Ahad lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata sebanyak 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun, dengan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. – 7 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

No fiscal burden: Post-maternity allowance to support working mothers with no cost to employers: Perkeso

Perkeso says new scheme eases living costs and boosts female workforce participation

◉ Related