◉ HEADLINES

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain: Polis

Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai tahu selok-belok kawasan penemuan mayat

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin, dipercayai telah dibunuh di tempat lain, bukan di tempat di mana mayatnya ditemui di sungai di Damansara Damai, di sini, malam semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, punca kematian kanak-kanak autisme itu bukan kerana lemas sebaliknya mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.

“Polis masih belum mengenalpasti suspek, tetapi tidak menolak kemungkinan orang yang tinggal di kawasan perumahan sama dengan arwah.

“Berdasarkan lokasi jenazah mangsa ditinggalkan, pelaku merupakan orang yang mempunyai pengetahuan mengenai kawasan tersebut,” katanya kepada media hari ini.

Shuhaily memberitahu, hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak

“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri). Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga, memadai saya cakap itu sahaja,” katanya.

Zayn Rayyan,kanak-kanak autisme berusia enam tahun ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada 10 malam semalam – Gambar media sosial, 7 Disember, 2023

Beliau berkata, buat masa ini pihak polis baru mengambil kenyataan ibu dan bapa mangsa.

“Ini kerana kes baru diklasifikasi semula petang tadi, baru lima jam, tiada sebarang tangkapan lagi,” katanya

Tambah beliau, siasatan juga mendapati lokasi penemuan mayat mangsa bukan laluan harian penduduk di situ.

Katanya, tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar kawasan berkenaan mahupun yang berhampiran.

“Siasatan lanjut akan dilakukan dengan ‘backtrack’ sebanyak mana yang kami boleh untuk mengetahui lebih dekat insiden yang berlaku,” katanya.

Polis hari ini mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkannya susulan penemuan kesan kecederaan di leher dan badan.

“Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai dan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada pukul 12 tengah hari. – 7 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related