◉ HEADLINES

Ejek pembunuhan beramai-ramai di Gaza, kempen iklan terbaharu Zara dikecam

Rata-rata netizen menggesa orang ramai supaya memboikot produk jenama fesyen itu

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kempen iklan terbaharu Zara yang mempamerkan koleksi baharu jenama fesyen itu mencetuskan kemarahan netizen di media sosial apabila menggunakan isu sensitif untuk tujuan pemasaran.

Gambar dari kempen itu yang tular di media sosial didakwa menyerupai gambar konflik perang Israel-Hamas.

Iklan terbaharu jenama fesyen itu menampilkan model Kristen MCMenamy yang membawa boneka pakaian (mannequin) dibaluti dengan kain putih.

Gambar boneka pakaian itu pula disamakan netizen dengan gambar mayat rakyat Palestin yang maut dalam serangan tentera Zionis di Gaza.

Selain itu, gambar dalam kempen iklan tersebut turut menunjukkan boneka pakaian diletakkan di dalam kotak kayu.

Walaupun iklan jenama fesyen itu mempromosikan jaket digayakan Kristen, pengguna media sosial mempersoalkan tindakannya berdiri di dalam sebuah kotak kayu yang menyerupai keranda.

Malah ramai netizen menyamakan papan kadbod yang tergantung, disusun dalam bentuk peta Palestin.

Kempen iklan itu menimbulkan rasa kurang senang pengguna X yang disifatkan sebagai tidak sensitif dengan keadaan yang berlaku di Gaza ketika ini.

“Kempen propaganda paling menjijikkan pernah diilhamkan dari pembunuhan rakyat Palestin dan kemusnahan kediaman mereka. Malu dengan perangai anda. Mereka mengumumkan koleksi baharu inspirasi daripada pembunuhan beramai-ramai di #Gaza dan peta Palestin di dinding,” kata @CherifYouann.

“Kempen pemasaran baharu Zara menggunakan konsep diilhamkan oleh pembunuhan beramai-ramai berterusan di Gaza untuk mempromosikan koleksi baharu mereka. Keranda, kemusnahan, mayat dan ‘menghalalkan’ pembunuhan,” kata @ZeenaAqel.

“Kami tidak akan melupakan sikap memalukan anda dan ejekan anda terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Malulah dengan perangai kamu, keparat,” kata @marvel52073359.

Susulan itu, ramai netizen menggesa orang ramai supaya memboikot jenama fesyen tersebut.

“Boikot Zara! Penderitaan kami bukan estetika anda. Anak-anak kami yang mati bukanlah sumber inspirasi anda. Malulah dan ada belas ehsan sikit,” kata @writernextdoor_.

“Boikot. Syarikat pakaian paling kotor dan memperlekeh para syuhada di Gaza. Harus ada kempen boikot besar-besaran,” kata @MEMEbyKB.

“Sungguh menjijikkan dunia ini. #Zara mengejek wanita Palestin dalam sesi penggambaran. Kita mesti boikot Zara,” kata @BA_56Army. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related