◉ HEADLINES

Sistem Perkeso digodam: Sivakumar minta henti spekulasi bukti diambil sebelum diterima polis

Beliau memberi jaminan dalangnya tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang

10:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) meminta spekulasi bahawa bukti forensik berhubung kes penggodaman sistem Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diambil ketika proses siasatannya, sebelum bahan itu diserahkan kepada pihak berkuasa, dihentikan segera.

Menterinya, V Sivakumar berkata, spekulasi tidak berasas dicetuskan pihak tertentu yang ditularkan di media sosial itu, bukan hanya mengeruhkan keadaan, malah berupaya mengundang ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.

“Serangan siber yang menyasarkan infrastruktur dan imej Perkeso, berjaya dipatahkan dengan usaha pemulihan serta mitigasi ketika ini giat dilaksanakan hasil kerjasama utuh pelbagai pihak.

“Ketika usaha menyekat gerakan anasir penggodam secara berterusan, KSM diberitahu bahawa bukti forensik diambil sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, semua pihak juga perlu memberikan ruang kepada pasukan forensik untuk melengkapkan siasatan.

“Ini (ruang) bagi membolehkan matlamat utama penubuhan Perkeso sebagai agensi yang memberikan khidmat perlindungan sosial tidak terjejas, rentetan pencerobohan siber terbabit,” katanya.

Sivakumar berkata, KSM sekali lagi memberi jaminan tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“KSM sekali lagi memberi jaminan tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang, sekiranya didapati menjadi dalang kepada insiden pada 2 Disember ini,” katanya.

Perkeso mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawangnya digodam sejak 2 Disember lalu.

Bagaimanapun, pengurusan agensi itu memberi jaminan bahawa ancaman penggodam terbabit, tidak akan merencatkan perkhidmatan mereka terhadap pencarum, majikan dan orang ramai.

Proses forensik kini giat dijalankan sebagai sebahagian siasatan berhubung kes itu, bagi meneliti kewujudan unsur jenayah komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, usaha pasca krisis turut meliputi pengemaskinian kelancaran operasi semua sistem Perkeso.

Menurutnya, ia demi memastikan kebajikan kira-kira 573,000 penerima faedah direkodkan di seluruh negara ketika ini sentiasa terjamin.

Perbincangan, katanya, sudah dijalankan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), kelmarin. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related