◉ HEADLINES

Huawei Cloud Malaysia, MDEC lancar program Pemecut Go Global

Program itu mendorong syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Huawei Cloud Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan program Pemecut Go Global, iaitu satu platform bagi usahawan teknologi tempatan untuk menembusi pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huawei Technologies Malaysia Sdn Bhd, Simon Sun berkata, program tersebut bermatlamat mendorong syarikat tempatan melebarkan sayap perniagaan mereka ke peringkat global.

“Untuk pasaran tempatan, kami sangat berbangga untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan MDEC. Hari ini kami teruja untuk melancarkan pemacu Go Huawei-MDEC yang menyasarkan untuk menyokong syarikat tempatan menembusi peringkat global sekali gus mengembangkan perniagaan mereka.

“Kami berharap dengan kerjasama ini, ia akan membantu menggalakkan komunikasi dan pertukaran teknologi antara kedua-dua perusahaan China dan Malaysia. Dengan penggunaan platform Cloud Huawei, ia membantu mempercepatkan pengembangan perniagaan antarabangsa mereka,” katanya pada majlis pelancaran Huawei Cloud Malaysia Partner Connection 2023, di sini, hari ini.

Menurutnya, Huawei akan terus menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan bagi membina ekosistem tempatan di Malaysia dan di peringkat global.

Program Pemecut Go Global direka untuk memupuk kekuatan dan potensi syarikat teknologi perisian tempatan, mendorong mereka menjadi pemain yang berdaya tahan dalam pasaran serantau dan global.

Inisiatif strategik ini turut berfungsi sebagai laluan syarikat tempatan memupuk kecekapan digital, menggalakkan keusahawanan digital dan meningkatkan eksport digital.

Sementara itu, CEO MDEC, Mahadhir Aziz berkata, kerjasama dengan Huawei Cloud membuktikan komitmen negara untuk memupuk dan membangunkan perusahaan perisian Malaysia yang kukuh.

Jelasnya, selama 27 tahun MDEC sebagai agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), ia sentiasa berada di barisan hadapan memacu ekonomi digital Malaysia.

“Program Pemecut Go Global menawarkan sistem sokongan yang komprehensif, termasuk kepakaran teknikal peringkat global dan serantau, perkongsian komuniti dan peneraju serta ketersambungan ekosistem yang dibantu oleh pasukan operasi yang berdedikasi, menunjukkan komitmen kami untuk pertumbuhan yang mampan.

“Inisiatif ini bukan semata-mata untuk memupuk pertumbuhan. Ia adalah demi mewujudkan rakan kongsi mampan yang bersedia untuk berkhidmat kepada perusahaan berskala sederhana hingga besar di seluruh dunia,” katanya. – 12 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related