◉ HEADLINES

Rindu Zayn Rayyan: ‘Ini gambar 4 Disember, terakhir mommy dan daddy dapat bawa abang jalan-jalan’

Ismanira titip gambar kenangan bersama anak tersayangnya itu di laman Instagram

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Buat sekian kalinya, lahir daripada rindu yang mendalam, Ismanira Abdul Manaf, 28, menitipkan gambar-gambar kenangan bersama anak tersayang, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di akaun Instagram miliknya.

Zayn Rayyan, kanak-kanak austime, pada Selasa lalu disedari hilang sejak pukul 12.30 tengah hari, sebelum Ismanira membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Kanak-kanak itu kemudiannya ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Polis mengklasifikasikan tragedi tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Waktu ini (gambar di Instagram), Isnin minggu lepas, 4 Disember. Ini last (terakhir) mommy dan daddy dapat bawa abang (Zayn Rayyan) jalan-jalan.

“Abang dengan adik suka sangat jalan-jalan. Dapat pusing-pusing mall (pasar raya) makan-makan, memang happy (gembira) sangat-sangat dua beradik ini,” tulis Ismanira bersama empat keping gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan.

Ismanira kemudiannya menulis: “Penat, sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba juga bawa abang dengan adik jalan-jalan. Happy sangat abang waktu ini”.

Kematian Zayn Rayyan terus menjadi persoalan mengenai siapa pelakunya dan motif di sebalik kejadian berlaku.

Polis setakat ini sudah menjalankan siasatan dari rumah ke rumah bagi mendapatkan petunjuk mengenai pelaku pembunuhan tersebut.

Malah pihak polis juga masih menunggu laporan ujian DNA melibatkan 228 penduduk yang diperiksa menerusi operasi tergempar pengambilan sampel DNA yang diadakan pada malam Ahad lalu.

Apartment Idaman mempunyai 18 blok yang menempatkan 2,464 unit kediaman. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan. – 13 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related