◉ HEADLINES

6 kenderaan terbabit nahas di Sungai Buloh, pemandu lori maut

Kemalangan membabitkan dua lori dan empat kereta itu turut mengakibatkan ada mangsa cedera dan tersepit

11:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam kenderaan, masing-masing empat kereta dan dua lori terbabit dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh, malam ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, laporan awal mendapati, kemalangan itu membabitkan sebuah treler membawa muatan batu konkrit, sebuah kontena dan empat kereta, iaitu Perodua Axia, Honda HRV, Honda City dan Nissan Almera.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu lori bermuatan batu konkrit meninggal dunia, manakala pemandu Honda HRV cedera ringan.

“Terdapat seorang mangsa, iaitu pemandu lori treler tersepit dan sedang dikeluarkan anggota bomba,” menurutnya menerusi kenyataan.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 21.58 malam ini.

“Justeru, sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, dengan tujuh keanggotaan digegaskan ke lokasi kemalangan,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related