◉ HEADLINES

Fahmi jumpa J-Kom hari ini, ‘rasanya pengganti sudah ada, cuma saya belum dimaklumkan’

Pengumuman Ketua Pengarah baharu J-Kom akan dilakukan sesegera mungkin dan pada waktu yang bersesuaian

12:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yakin sudah ada calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Beliau berkata, satu pertemuan bersama pihak J-Kom akan diadakan hari ini bagi mendapatkan maklumat lanjut terutama berkaitan kekosongan jawatan itu.

Katanya, pengumuman Ketua Pengarah baharu J-Kom akan dilakukan sesegera mungkin dan pada waktu yang bersesuaian.

“Saya difahamkan sebelum J-Kom dipindah kementerian, ada beberapa keputusan sudah dibuat sewaktu masih di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Pertemuan akan diadakan hari ini bersama pihak J-Kom. Saya akan dapatkan maklumat dulu sekiranya ada pengganti yang dipilih untuk tahu bila ia akan berkuatkuasa.

“Saya rasa ada, tapi saya sendiri belum dimaklumkan, tunggu mesyuarat hari ini,” katanya kepada media selepas ucaptama seminar ‘Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption’ di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai kedudukan Ketua Pengarah J-Kom baharu, selepas bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Agus Yusoff meletak jawatan.

Tidak lama selepas peletakan jawatannya, Agus terbabit kontroversi panas apabila video tidak senonoh yang didakwa memaparkan beliau dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tular di media sosial.

Ditanya sama ada pengganti dalam kalangan penjawat awam atau lantikan politik, Fahmi berkata, perkara itu belum diketahui selagi pertemuan bersama pasukan J-Kom belum diadakan.

“Saya percaya sebelum ini Perdana Menteri pernah sebut pengganti dah dikenal pasti, tapi dari segi pentadbiran sama ada (ia) telah berkuat kuasa atau tidak.

“Ia (J-Kom) perkara yang penting. Berikan saya sedikit masa untuk berbincang , bertemu dan cuba faham bagaimana J-Kom berfungsi dan beberapa perkara berkait pentadbiran.

“Bila masanya sesuai kita akan umumkan jika telah ada… saya harap sesegera mungkin,” katanya.

Sebelum ini dikhabarkan jawatan Ketua Pengarah J-Kom itu bakal diisi oleh penjawat awam dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan yang merupakan seseorang yang mempunyai latar belakang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Terdahulu, J-Kom yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia ketika itu, sebelum dipindahkan JPM semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. – 14 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related