◉ HEADLINES

Langgar pelajar hingga maut, pegawai kanan polis direman 3 hari

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki terbabit dalam kejadian melanggar pelajar tingkatan lima hingga mengakibatkannya meninggal dunia semalam, direman tiga hari.

Suspek berpangkat deputi superintendan (DSP) yang bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu, direman tiga hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek direman selama tempoh itu bermula hari ini, seperti dilaporkan BH.

Tegasnya, reman itu bagi membolehkan siasatan secara menyeluruh dijalankan secara telus dan adil.

Malah, beliau memaklumkan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, sudah diarah menjalankan siasatan secara menyeluruh serta terperinci.

Pada masa ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Semalam, Scoop melaporkan, Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan mengesahkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan melanggar pelajar itu hingga maut adalah seorang anggota berpangkat pegawai kanan polis dari Kontinjen Kedah.

“PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri sekiranya mempunyai bukti kukuh,’’ katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, kes kemalangan itu menjadi tular selepas pelajar terbabit meninggal dunia selepas disyaki akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran SMK Jati, Meru hari ini.

Kejadian berlaku berhampiran pintu pagar utama sekolah itu ketika mangsa yang menunggang motosikal, ingin pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Yahaya berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat pelajar terbabit mendapati punca kematian adalah kecederaan di dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Ujarnya, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam. – 16 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related