◉ HEADLINES

IDF akui tenteranya tersilap bunuh 3 tebusan

Tiga tebusan warga Israel itu dibunuh ketika pertempuran IDF dengan pejuang Hamas di Shejaiya

12:23 PM MYT

 

GAZA – Tentera Israel mengakui pihaknya menembak dan membunuh tiga tebusan yang ditahan pejuang Hamas selepas tersilap mengenal pasti mereka sebagai ancaman.

Menurut jurucakapnya, tiga tebusan warga Israel itu maut ketika pertempuran Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dengan Hamas di Gaza.

Tiga tebusan itu dikenal pasti sebagai Yotam Haim dan Alon Shamriz, yang diculik dari Kibbutz Kfar Aza manakala Samer El-Talalqa, diculik dari Kibbutz Nir Am.

Kibbutz adalah penempatan haram Israel.

Kesemua mereka terbunuh semasa pertempuran sengit tentera Israel dengan Hamas di Shejaiya, Gaza sejak beberapa hari lalu.

“Semasa pertempuran di Shejaiya, IDF tersilap mengenal pasti tiga tebusan Israel sebagai ancaman.

“Akibatnya, tentera melepaskan tembakan ke arah mereka dan mereka terbunuh,” kata IDF dalam satu kenyataan, semalam.

Susulan itu, IDF berkata, pihaknya akan menyiasat insiden tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tebusan berhubung insiden itu.

“Bersama-sama dengan seluruh rakyat Israel, saya turut bersedih terhadap kematian itu,” katanya. – 16 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related