◉ HEADLINES

Klang, Meru dilanda banjir, jalan sesak teruk

Plus dalam hantaran di platform X turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memandangkan banjir dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE)

10:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bandar Klang termasuk Padang Jawa, Meru, I-City, Sg Rasau telah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih sejam petang tadi.

Plus Malaysia Berhad (Plus) dalam hantaran di platform X turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memandangkan banjir dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE).

“Awan! Banjir di NKVE selepas keluar dan sebelum masuk plaza tol dari Bukit Raja. Semua lorong terhalang. Trafik tidak bergerak. Pandu berhati-hati. Harap maklum,’’ katanya.

Keadaan laluan masuk ke kediaman seorang penduduk di Meru, Klang yang dinaiki air akibat hujan lebat petang ini. – Gambar Facebook Encik Panjang, 16 Disember, 2023

Sementara itu, netizen telah memuat naik di media sosial mereka akan gambar-gambar banjir serta memberikan maklumat terkini kepada orang ramai mengenai banjir di kawasan mereka.

Malah ada kebanyakan penduduk yang dalam perjalanan ke arah Klang terpaksa berpatah balik bagi mengelakkan kesesakan teruk.

“Bukit Raja tengah jem teruk, saya nak menghala ke Seksyen 7 pun tak lepas,’’ kata Faezah Hairudin.

Ada juga yang penduduk yang mula melahirkan kebimbangan dengan keadaan berkenaan dan takut jika situasi bertambah buruk. – 16 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related