◉ HEADLINES

5 pendaki sesat di Bukit Kledang selamat, operasi SAR diteruskan

Mangsa boleh dihubungi melalui telefon dan mereka memaklumkan mengenai keadaan mereka

7:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lima pendaki yang sesat ketika mendaki di Bukit Kledang, Ipoh, sejak semalam, dalam keadaan sihat dan selamat, namun masih belum ditemui.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa boleh dihubungi melalui telefon dan telah memaklumkan mengenai keadaan mereka.

Tambah Bomba, disebabkan mereka tidak keluar dari hutan tersebut, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terdiri daripada pegawai Bomba serta Malim Gunung Perhutanan telah digerakkan pada jam 2 petang tadi.

Turut serta dalam operasi SAR berkenaan ialah unit khas iaitu Unit STORM dan Unit Pengesan (K9).

“Kesemua mereka adalah pendaki yang telah biasa dengan kawasan tersebut serta mempunyai pengalaman pendakian antara tiga hingga 25 tahun dan merupakan ahli Kelab Rekreasi Silver City Hash Harrier Ipoh, Perak.

“Mereka memulakan aktiviti mendaki pada 2.30 petang semalam dan melalui laluan Air Terjun Buntong namun disebabkan hujan lebat, mereka tidak dapat meneruskan perjalanan serta berhenti rehat di sebuah kawasan.

“Selepas mangsa tidak keluar dari hutan tersebut, Balai Bomba Meru Raya telah dihubungi untuk bantuan operasi SAR bagi mengesan mangsa yang tersesat itu,’’ kata bomba dalam kenyataan di sini hari.

Media hari ini melaporkan lima ahli kelab larian Hash House Harriers (3H) Ipoh telah hilang di Bukit Kledang, Ipoh, sejak petang semalam,.

Penolong Setiausaha Silver City 3H, Ramesh Periasamy memberitahu Scoop, semua pendaki tersebut mempunyai pengalaman pendakian dan sering mendaki setiap hujung minggu atau setiap bulan.

Mengulas lanjut, Bomba berkata, semua lima mangsa merupakan lelaki tempatan termasuk dua warga emas berusia 33, 45, 47, 67 serta 68 tahun dan dilaporkan memulakan pendakian di belakang Stesen Petronas, Lebuhraya Ipoh Lumut.

“Pada jam 2.30 pagi, anggota BBP Meru Raya bersama empat ahli kumpulan Hiking Silver City Hash House Harrier mencari mangsa melalui laluan Air Terjun Buntong ke lokasi mangsa.

“Namun pasukan mencari telah keluar semula apabila mangsa masih gagal ditemui sehingga jam 7.20 pagi,’’ kata Bomba sambil memaklumkan maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa. – 17 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

◉ Related