◉ HEADLINES

Sita Menara Ilham: Biar SPRM siasat, nanti ada yang kritik hanya ikan kecil kena tapi kepala tidak disentuh

SPRM menjalankan tugas tanpa mengira kedudukan sama ada ia adalah Tun atau Tan Sri bagi mengelakkan ada kritikan hanya bawahan ditangkap

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah menjalankan siasatan supaya pemimpin tidak dilihat sebagai melindungi perasuah besar.

Anwar berkata, SPRM menjalankan tugas tanpa mengira kedudukan sama ada ia adalah Tun atau Tan Sri bagi mengelakkan ada kritikan hanya bawahan ditangkap.

“SPRM jalankan tugas dia, tidak mengira kedudukan Tun atau Tan Sri. Nanti ada kritikan ikan-ikan kecil sahaja ditangkap tapi kepala-kepala tidak disentuh.

“Apabila disentuh, masih ada yang pertahankan dan gunakan pengaruh media terutama media sosial untuk mempertahankan (individu),” katanya selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kota Damansara, di sini, hari ini.

Semalam, SPRM telah menyita bangunan Menara Ilham di sini pada Isnin lepas dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan tokoh korporat dan bekas menteri kanan, Tun Daim Zainuddin.

Bangunan itu, yang turut menempatkan pejabat tokoh korporat berkenaan, disita di bawah Akta SPRM 2009.

Malah penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 itu disiarkan dalam ruangan notis pemberitahuan sebuah portal berita dalam talian semalam.

Anwar turut meminta orang ramai tidak membuat tafsiran berhubung siasatan SPRM itu dan membiarkan badan kehakiman memutuskannya.

“Jangan buat tafsiran, setiap kali kita sentuh orang besar maknanya ada (dakwaan) muslihat, jadi kalau orang kecil kita sentuh tak ada apa-apa, sistem apa begitu.

“Kita bukan mewakili sistem yang gobror, sistem perlu menunjukkan contoh keberanian untuk bertindak ke atas perasuah besar,’’ katanya. – 22 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related