◉ HEADLINES

Prasarana rancang lebih banyak program di stesen rel libatkan peniaga kecil

Inisiatif itu memberi peluang kepada peniaga kecil dan perniagaan di rumah atau ‘home-based’ menjana pendapatan

10:13 PM MYT

 

DAMANSARA – Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) merancang untuk mengadakan lebih banyak program yang melibatkan peniaga kecil di pekarangan stesen rel kendalian syarikat pengangkutan awam negara itu, tahun depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada peniaga kecil dan perniagaan di rumah atau ‘home-based’ menjana pendapatan, di samping menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.

“Kami berbangga dapat bersama peniaga kecil, membantu mereka dengan fasiliti yang kami ada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran program Santai Bersama Rapid KL di pekarangan Stesen MRT Kwasa Sentral di sini hari ini.

Program perintis yang turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan itu, menyediakan tapak bagi 52 peniaga kecil menjual makanan dan kraf tangan dengan caj serendah RM20 bagi tujuan bayaran pembersihan kawasan tapak perniagaan.

Seorang peniaga, Muhammad Zulshahiran Mohd Zulkifli, 29, berkata, tawaran diberikan Prasarana itu mendedahkannya dengan aktiviti perniagaan seumpama itu sebelum melibatkan diri dalam program yang lebih besar.

“Saya biasa berniaga di tepi jalan sahaja dan ini kali pertama saya terlibat dalam program perniagaan seperti ini yang dapat membantu perniagaan saya untuk lebih dikenali, malah caj yang dikenakan juga sangat berbaloi kepada peniaga kecil seperti kami,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related