◉ HEADLINES

Mayat lelaki dalam longkang di Kota Damansara, saksi kejadian diperlukan bantu siasatan

Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan

12:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemukan di dalam longkang di Jalan TSB9 Kota Damansara pada petang Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, berikutan itu pihaknya meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

“Siasatan awal pegawai forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjumpai identiti si mati dalam poket seluar yang mendapati si mati seorang lelaki berusia lingkungan 45 tahun.

“Si mati tinggal di kawasan Gugusan Kemuning Jalan Pekaka 8/1 Seksyen 8 Kota Damansara dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tidak sampai 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran.

“Atau berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, ASP Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan,” katanya. -25 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related