◉ HEADLINES

20 hari selepas pemergian Zayn Rayyan: ‘Ada kenangan yang tidak boleh diganti’

Ismanira berkongsi video kenangan kegirangan Zayn Rayyan bermain-main di taman

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Memasuki hari ke-20, hari ini, selepas penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada 6 Disember lalu, Ismanira Abdul Manaf, 28, bagaikan ‘tertekan’ dengan cengkaman rindu terhadap anaknya itu.

Dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram (IG) miliknya, Ismanira berkongsi video kenangan keriangan dia dan suami menghabiskan masa bersama Zayn Rayyan di taman.

Berdurasi 33 saat, video itu jelas menggambarkan rasa rindu Ismanira terhadap Zayn Rayyan dan menyentuh perasaan pengguna IG lain.

Hantaran itu berserta kapsyen bertulis: “Walau apa pun yang berlaku, ada kenangan tidak boleh diganti”.

Baru-baru ini Scoop melaporkan, keheningan dan kegelapan menyelubungi pekarangan Apartment Idaman, Damansara Damai sejak penduduk dikejutkan dengan pembunuhan Zayn Rayyan pada 6 Disember lalu.

Namun penduduk masih menaruh harapan pembunuh akan ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.

Terdahulu polis memohon bantuan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, sebelum ibunya, Ismanira Abdul Manaf membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9 yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related