◉ HEADLINES

Pangkalan Data Utama (PADU) komponen jayakan pelaksanaan subsidi bersasar

Bakal dilancarkan Perdana Menteri pada 2 Januari ini, pendekatan bagi mengelak keciciran penerima bantuan

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pangkalan Data Utama (PADU) yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari ini merupakan komponen utama menjayakan satu daripada reformasi utama ekonomi negara iaitu pelaksanaan subsidi bersasar.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kelayakan penerima subsidi bersasar akan ditentukan berdasarkan status sosioekonomi isi rumah rakyat di dalam PADU.

“Selepas diluncurkan oleh Perdana Menteri pada 2 Januari ini, PADU akan dibuka kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengesahkan dan atau mengemas kini data isi rumah mereka selama tiga bulan.

“Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih daripada pendekatan B40, M40 dan T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka yang patut dapat tercicir, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PADU adalah satu pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Beliau memberitahu, PADU mampu mengurangkan risiko keciciran melalui:

  1. Menggabungkan data daripada pelbagai agensi kerajaan untuk membina maklumat lengkap setiap isi rumah – ibu bapa, anak, pendapatan setiap isi rumah, tempat tinggal, jumlah tanggungan, jumlah anak bersekolah, kenderaan, harta, setiap bantuan yang diterima, bantuan kerajaan yang layak diterima dan sebagainya;
  2. PADU menggunakan pendekatan pendapatan boleh belanja (bukannya pendapatan kasar) selepas mengambil kira tanggungan, jumlah isi rumah, kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi dan sebagainya untuk memastikan penilaian yang lebih adil berbanding pendekatan pendapatan mengikut B40, M40 dan T20;
  3. PADU membolehkan semak silang data isi rumah untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat dalam permohonan bantuan kerajaan.

“Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri bagaimana PADU akan menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan. Bagi mereka yang ingin menyertai acara peluncuran ini, boleh mendaftar di laman https://setahun.ekonomi.gov.my.

“Saya akan terus memberi maklumat terperinci mengenai PADU dalam tempoh seminggu ini. Mohon semak berita-berita dan kandungan digital mengenai PADU di semua platform setiap hari untuk mendapat maklumat lanjut. Saya mohon orang ramai menyebarkan berita ini untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai PADU dan langkah subsidi bersasar yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024 ini,” katanya. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related