◉ HEADLINES

Ahmad Zahid akan bantah permohonan badan peguam cabar keputusan DNAA

Pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 Jan depan

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membantah permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap beliau pada 4 Sept lepas.

Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 Jan depan.

“Prosiding  pendengaran permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mendapatkan kebenaran daripada mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman tersebut ditetapkan pada 11 Jan 2024 di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh.

“Sama ada Peguam Negara juga akan membantah permohonan semakan kehakiman itu akan diketahui pada prosiding pendengaran permohonan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahkamah Tinggi telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi selepas pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan prosiding terhadap beliau.

Melalui permohonan difailkan pada 2 Dis lepas, Badan Peguam Malaysia yang menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid sebagai responden memohon perintah supaya keputusan itu dibatalkan.

Ia turut memohon deklarasi bahawa keputusan itu adalah batal dan tidak sah selain dibuat melebihi bidang kuasa serta kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Badan Peguam Malaysia juga memohon perintah mandamus daripada mahkamah untuk mengarahkan Peguam Negara bertindak mengikut undang-undang di bawah Seksyen 254A Kanun Tatacara Jenayah dengan mendakwa semula Ahmad Zahid.

Turut dimohon perintah agar Peguam Negara membekalkan maklumat, dokumentasi, sebab, asas dan butir-butir yang menyebabkan keputusan bagi memohon DNAA itu dicapai kepada Badan Peguam Malaysia.

Badan Peguam Malaysia mendakwa Peguam Negara bertindak secara ultra vires ketika memohon DNAA terhadap Ahmad Zahid dan keputusan itu juga adalah tidak munasabah atau rasional. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related