◉ HEADLINES

Kepung Demi Palestin: Polis buka kertas siasatan

Kertas siasatan berkenaan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012

9:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis membuka kertas siasatan berhubung piket solidariti untuk Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, di sini, yang diadakan sejak semalam susulan penganjurannya dilakukan tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kertas siasatan berkenaan dibuka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata sehingga kini, polis belum memanggil penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ untuk diambil keterangan kerana menunggu perhimpunan aman itu selesai Ahad ini.

“Para peserta ketika ini masih patuh arahan polis dan mereka tidak menghalang laluan jalan raya di kawasan itu. Selain itu, anggota-anggota polis juga berkawal dan meninjau kawasan itu pada setiap hari selama 24 jam,” katanya kepada Bernama malam ini.

Mengulas mengenai tindakan segelintir peserta yang memasang khemah di kawasan itu, Ashari berkata polis tiada hak untuk merobohkan khemah-khemah itu kerana ia tidak didirikan di hadapan bangunan kedutaan negara berkenaan.

“Khemah-khemah berkenaan dipasang di kawasan siar kaki maka itu di bawah kawalan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk diambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama hari ini mendapati beberapa buah khemah masih didirikan di sekitar kawasan itu walaupun polis telah melarang peserta untuk mendirikan sebarang struktur sepanjang piket tersebut.

Piket itu ialah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan 20,424 rakyat Palestin setakat 24 Disember lepas, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Solidariti di hadapan kedutaan negara itu adalah sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum. — 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related