◉ HEADLINES

Kerjasama jentera Kerajaan Pusat, kerajaan negeri sangat dituntut dalam hadapi banjir: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan kerajaan meluluskan pembinaan benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerjasama semua pihak sama ada jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam menghadapi musibah banjir sangat dituntut bagi membantu mangsa banjir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah, kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut memaklumkan beberapa projek baharu turut diumumkan dalam lawatan beliau ke Pasir Mas hari ini sebagai langkah mengatasi masalah banjir.

Pengumuman itu, katanya ialah langkah kerajaan meluluskan pembinaan benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.

“Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dan proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta dimulakan tahun depan,’’ katanya.

Justeru, beliau berharap segala semoga yang dirancangkan ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah banjir. – 29 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related