◉ HEADLINES

Persempadanan semula: SPR perlu bincang dengan semua pemegang taruh elak ‘berat sebelah’

Menerusi perbincangan dengan semua pemegang taruh ini, SPR boleh mendengar pelbagai pandangan, sekali gus memastikan persempadanan semula berjalan lancar, adil dan seimbang

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memperluaskan perbincangan dan libat urus dengan semua pemegang taruh berhubung persempadanan semula sebelum proses itu dimulakan.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, perbincangan dan libat urus itu membolehkan pandangan menyeluruh serta kebimbangan berasas berhubung proses itu disuarakan.

Katanya, hal itu penting bagi meredakan kebimbangan mengenai kebarangkalian wujud persempadanan yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja.

“Menerusi perbincangan atau libat urus (dengan semua pemegang taruh) ini, SPR boleh mendengar pandangan pelbagai pihak berkepentingan, sekali gus memastikan proses persempadanan pilihan raya dapat dilakukan dengan lancar, adil dan seimbang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Bersih berkata, kebimbangan yang diutarakan memberi justifikasi supaya laporan cadangan dikemukakan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), dinyahklasifikasikan untuk dibuka kepada umum bagi diteliti, diperbahasakan serta direalisasikan secara berperingkat.

“Penyahklasifikasian ini juga menuntut Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk memperhalusi laporan terbabit bagi memastikan agenda reformasi sistem pilihan raya serta reformasi institusi segera direalisasikan,” katanya.

Pada masa sama, Bersih memaklumkan, pihaknya memahami kedudukan semasa yang memerlukan proses persempadanan semula pilihan raya dilakukan, khususnya untuk Sarawak kerana ia selang lapan tahun dari persempadanan terakhir pada tahun 2015).

Menurutnya, untuk Sabah, persempadanan boleh dibuat dari tahun 2025 dan Semenanjung Malaysia dari tahun 2026.

Tambahan, katanya, Bersih memahami sewaktu pelaksanaan Pendaftaran Pemilih Automatik dan Undi 18 yang dilaksanakan pada akhir 2021, hampir enam juta pengundi baru dimasukkan dalam daftar pemilih.

“Perkara ini membawa kepada ketidakseimbangan dan ketidakadilan taburan jumlah pengundi yang amat ketara antara kawasan Parlimen, seperti Bangi dan Sabak Bernam masing-masing dengan jumlah 311, 469 dan 51,842 (2023).

“Perbezaan ketara ini tidak menyemangati semangat Perlembagaan Persekutuan Bahagian 1, 2 (c), Jadual Ketiga Belas, Bahagian 1, Seksyen 2 (c) yang memperuntukkan bahawa untuk kawasan pilihan raya dalam negeri sama, bilangan pengundinya patutlah ‘lebih kurang sama banyak’ dengan beberapa pengecualian tertentu.

“Justeru, bagi memastikan berlakunya keadilan dan keseimbangan kuasa undi, terutama kepada pengundi di kawasan pengundian yang terlalu ramai, proses persempadanan pilihan raya kelak dilihat perlu untuk dilaksanakan dengan berasaskan prinsip dinyatakan dalam perlembagaan, selain berlandaskan prinsip sempadan pilihan raya yang adil dan saksama,” katanya. – 30 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Khazanah: A pattern of liquidation after a series of failed investments

With one failed investment after another, a disturbing pattern seems to emerge with Khazanah rather going into liquidation than fulfilling its contractual obligations.

◉ Related