◉ HEADLINES

Ismanira berharap nasib menimpa Zayn Rayyan terbela

Mengakui ujian menimpanya sekeluarga amat berat, namun tetap harus tabah

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Melangkah ke tahun baharu 2024, hampir sebulan selepas pemergian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, Ismanira Abdul Manaf terus berharap agar nasib menimpa anaknya itu terbela.

Menerusi hantaran terbaharunya di Instagram, Ismanira, 28, mengakui hatinya bercampur baur antara duka dan harapan.

“Harapan agar nasib anak saya terbela, semoga ada keadilan buat anakku,” katanya ringkas dalam hantaran tersebut.

Katanya, sepanjang 2023, kehidupan mereka amat bahagia, sering bercuti dan meluangkan masa bersama.

“Namun akhir tahun kami tak jangka, kami diuji sampai ke tahap ini, tak tertanggung rasanya.

“Ujian ini sangat berat bagi saya dan kami sekeluarga, namun tetap harus tabah. Moga kita disatukan semula di syurga Allah, syurga yang kehidupannya kekal abadi selamanya,” katanya penuh pilu.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, sebelum Ismanira membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9 yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Polis kemudiannya memohon bantuan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak berkuasa sudah menghantar bukti berhubung kes itu yang diperoleh kepada Interpol. – 1 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related