◉ HEADLINES

Tragedi hari perkahwinan, pengantin basah kuyup selepas pelamin atas kolam runtuh

Netizen memuji pengantin yang tenang dan tidak ‘bad mood’ meskipun berdepan dengan dugaan terbabit

4:11 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — ‘Malang tidak berbau’ demikian yang berlaku kepada pasangan pengantin Palupu dan Hari ini apabila basah kuyup selepas terjatuh ke dalam kolam renang apabila pentas pelamin mereka runtuh.

Kejadian itu berlaku di Solo, Wilayah Jawa Tengah pada 22 Disember lalu, dengan majlis perkahwinan bertemakan ‘underwater’ dan pentas pelamin di bina atas kolam renang.

Ia menjadi tular selepas jurusolek pengantin, Fahmi Irawan memuat naik klip video berdurasi 15 saat itu ke akaun TikToknya, sekali gus mengundang simpati daripada netizen.

“Insiden panggung (pentas) rubuh (roboh),’’ demikian keterangan pada klip video terbabit.

Bagaimanapun netizen memuji pengantin yang tenang dan tidak ‘bad mood’ meskipun berdepan dengan dugaan terbabit.

Sementara itu, Fahmi ketika dihubungi portal berita Wolipop berkata, pemilihan konsep perkahwinan itu dibuat sendiri oleh pasangan pengantin.

Kejadian itu, katanya berlaku pada acara terakhir majlis perkahwinan, iaitu selepas secara akad nikah, sesi bergambar dan makan.

“Acara semua berjalan lancar dari akad, doa, foto, makan, ramah-tamah dan lain-lain. Semua alhamdulillah lancar. Kejadian ini terjadi di sesi terakhir.

“Alhamdulillah tidak ada yang tercedera. Baik pengantin mahupun tetamu. Semua bahagia bahkan ia menjadi momen special di mana photoshoot perkahwinan di dalam air di kolam renang dengan busana pengantin,’’ kata Fahmi.

Menurut Fahmi, alang-alang basah, pengantin kemudiannya bergambar di dalam air sahaja untuk gambar perkahwinan mereka – 1 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related