◉ HEADLINES

Dakwaan arwah bapa hutang RM130,000: 2 beradik mohon maaf kepada Farah Lee, keluarga

Susulan permohonan maaf menerusi platform X, mereka berharap agar Farah dan keluarganya dapat berjumpa dan berbincang bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua beradik yang sebelum ini mendakwa pempengaruh media sosial, Farah Lee dan keluarganya gagal membayar hutang RM130,000 yang dibuat arwah bapa mereka, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di platform X.

Dalam permohonan maaf itu, dua beradik tersebut mengakui dakwaan mereka sebelum ini mengguris hati pelbagai pihak, selain menjejaskan nama baik Farah sebagai pempengaruh media sosial.

“Seperti yang telah diarahkan, saya user @dkgbap serta mewakili adik saya, @sunwoobest_boy dari X/Twitter, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Farah Lee dan keluarga di atas isu yang sedang tular di media sosial.

“Dengan sangat rendah diri, kami berdua ingin memohon maaf kepada Farah Lee dan keluarga. Kami berdua sedar ayat yang kami lontarkan agak kasar dan mengguris hati pelbagai pihak.

“Selain itu, isu ini juga menjejaskan reputasi Farah Lee sebagai influencer (pempengaruh) di pelbagai platform media sosial,” katanya.

Dalam perkongsian itu juga, dua beradik tersebut turut memaklumkan mereka sekadar ingin membantu bapa mereka menuntut hutang daripada pihak berkenaan.

Susulan itu, mereka berharap agar Farah dan keluarganya dapat berjumpa dan berbincang bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik.

“Dengan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak Farah untuk berjumpa dan berbincang perihal isu ini dengan ayah saya secara ‘private’ (tertutup).

“Saya telah pun DM (direct message) Farah nombor telefon ayah saya yang boleh dihubungi,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila dua beradik itu mendakwa hutang tersebut dibuat bapa Farah ketika dia masih hidup pada awal tahun 2000.

Bagaimanapun, Farah atau nama sebenarnya, Nurfarahin Romli menyangkal semua tuduhan dilemparkan.

Farah menerusi InstaStorynya turut menuntut individu terbabit supaya membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang diambil jika gagal berbuat demikian. – 4 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Gunung Tahan tragedy: Widow fights for answers after husband’s death

Three years after Raja Azlan Shah died on Gunung Tahan, his widow is still chasing the truth — and those she believes failed him

◉ Related