◉ HEADLINES

‘Mak cakap duit Umno haram, minta maaf Afiq tak boleh terima…’

Asyraf Wajdi berkata, beliau sudah menghulurkan wang tunai untuk diserahkan kepada Afiq, namun remaja itu berkali-kali menolaknya kerana takut dimarahi ibu, iaitu penyokong kuat parti berlabel agama

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik pembangkang diminta agar dapat ‘menjernihkan’ pemikiran pengikut mereka supaya sikap taksub dan membenci antara parti dapat dinoktahkan.

Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sekiranya tidak dijernihkan, sikap negatif itu mampu saling menyesatkan individu antara satu sama lain, hingga anak kecil tidak berdosa menjadi mangsa.

Katanya, lebih mengecewakan, apabila sikap taksub berpolitik itu, menyebabkan segelintir pemimpinnya sanggup mempengaruhi pemikiran anak sehinggakan mereka takut menerima bantuan daripada pihak parti lain, walaupun mereka berada dalam situasi ‘sangat sukar’.

Asyraf Wajdi berkata, situasi itu dapat dilihat apabila seorang remaja 17 tahun yang mempunyai empat adik dengan ayah sudah meninggal dunia dan ibu sedang sakit kronik di hospital akibat kencing manis, sanggup menolak bantuan daripadanya hanya kerana perbezaan parti politik.

Menurutnya, beliau sedih dan kecewa dengan keadaan itu kerana dalam kedaifan serta benar-benar memerlukan bantuan perbelanjaan, remaja terbabit sanggup tidak menerima pemberiannya kerana takut dimarahi ibu yang mendakwa ‘wang Umno haram’.

“Mak cakap duit Umno haram. Minta maaf Afiq (bukan nama sebenar) tak boleh terima pertolongan dari Dr Asyraf takut mak marah.

“Ini adalah sebahagian daripada perbualan whatsapp antara seorang hamba Allah yang menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan dengan adik Afiq yang berumur 17 tahun,” katanya menerusi Facebook.

Berkongsi kisah pengenalannya dengan remaja itu, Asyraf berkata, awalnya apabila beliau memuatnaik video mengenai dua beradik yang terpaksa berniaga untuk menyara keluarga, terdapat seorang individu, dikenali Puan X meninggalkan komen memintanya membantu keluarga Afiq di Pasir Mas Kelantan.

Kongsinya, dia kemudian meminta maklumat terperinci daripada wanita itu mengenai kes terbabit untuk membolehkannya menghulurkan sumbangan.

Daripada maklumat diberikan Puan X, Asyraf bersetuju membantu kerana kehidupan keluarga remaja terbabit sememangnya benar-benar susah.

“Kisah ini benar-benar meruntun jiwa saya kerana saya juga punya anak-anak sebaya mereka. Justeru, tanpa teragak saya mahu hulurkan bantuan wang tunai yang sudah diserahkan kepada sahabat saya, Ketua Umno Bahagian Pasir Mas untuk diserahkan, namun malangnya adik Afiq berkali-kali menolaknya kerana takut dimarahi ibu, iaitu penyokong kuat parti berlabel agama.

“Saya ikhlas membantu kerana kasihan dengan nasib lima anak kecil yang bagaikan tiada pembelaan tanpa langsung memperkirakan warna parti. Prinsip saya selagi mereka orang miskin dan fakir, tidak kira ideologi parti mahupun kaum, wajib dibantu.

“Namun akibat taksub berpolitik, sanggup mendoktrinasi (mempengaruhi) pemikiran anak-anak sehinggakan takut nak terima bantuan walaupun mereka melarat,” katanya. – 6 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related