◉ HEADLINES

Pekerja asing dedah dipaksa bekerja hampir 10 jam setiap hari, tidur dalam khemah

Ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di kilang kitar semula haram

6:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dipaksa bekerja hampir 10 jam setiap hari malah dibiarkan tidur dalam bilik beratap serta berdindingkan zink termasuk tidur dalam khemah.

Demikian nasib menimpa 101 warga asing berusia antara 18 hingga 39 tahun ketika disiasat selepas ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu pemerdagangan orang Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, petang semalam.

Malah dalam serbuan di sebuah kilang kitar semula barangan elektronik di Jalan Kebun, Shah Alam itu, seorang remaja warga Myanmar disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa berjaya diselamatkan.

Mangsa baru beberapa bulan bekerja di kilang berkenaan.

Serbuan turut dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Alam Sekitar.

Walau bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan tiada permit kerja.

Beliau berkata, remaja lelaki terbabit berjaya diselamatkan pasukan dan seramai 101 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Serbuan mendapati premis itu adalah sebuah kilang kitar semula memproses barangan elektronik terpakai yang beroperasi secara haram sejak lebih setahun lalu.

“Siasatan awal mendapati kilang berkenaan dijalankan oleh warga China dengan menyewa tanah daripada pemilik tempatan berusia 60 tahun.

“Pemilik lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 39B dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. – 6 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related